Kehebatan Vedanta Falsafah_Vedanta

Sifat Terbuka

Vedanta bersifat terbuka. Vedanta tidak menyekat kebebasan sesiapa pun.Vedanta tidak meminta sesiapa pun untuk menukar kepercayaan atau agamanya. Ini menyebabkan falsafah ini diterima oleh pelbagai masyarakat berlainan di serata dunia. Akal (Buddhi) merupakan asas Vedanta. Oleh itu, semua manusia yang rasional, secara semula jadi tertarik dengan falsafah ini. Inilah rahsia kekuatan dan tarikan falsafah Vedanta.

Ilmu yang Praktikal

Satu lagi kehebatan Vedanta ialah ia cuba untuk mendapatkan hasil ilmu Kebenaran dalam kehidupan ini, dan bukannya di dunia akhirat atau selepas kematian. Apa yang penting ialah pengetahuan Vedanta membawa hasil dalam kehidupan manusia pada masa ini. Oleh itu, ajaran ini menekankan kehidupan berdisiplin dan bermoral. Malah, tanpa mengamalkan kehidupan yang bermoral, seseorang tidak boleh memahami falsafah Vedanta.

Swami Vivekananda berkata, “Sayaberani mengatakan ini - Vedanta, falsafah daripada Upanishad merupakan pemikiran rohani yang pertama danmuktamad yang pernah dikurniakan kepada manusia.”